Sunday, November 21, 2010

Fantastic Seven

Semakin aktif..

video ni AKTK rakam waktu pagi sebelum AKTK pergi kursus keusahawanan, time tu baru je lepas hujan, tu pasal arnab2 tu aktif semacam je...tapi teddy bear tetap steady,hehehe AKTK gembira melihat gelagat arnab2 tersebut;)

Segalanya bermula disini...

Assalamualaikum w.b.t...
  ni 1st time AKTK (Arnab Ku teman Ku) create blog untuk berkongsi pengalaman memelihara arnab sebagai binatang peliharaan, sebenarnye AKTK juga baru nak menjinak-jinak kan diri dalam dunia memelihara arnab ni, setakat ni ok la,hehehe. kalau korang ade nak tanye ape2 or berkongsi ape2 berkaitan arnab boleh la komen kat blog ni,(msg n call pown boleh jgak,terpulanglah...) antara baka arnab yang AKTK ada ialah lionhed, teddy bear, turkey angora, french lop dan rhinelander...sume baka ni AKTK dapat dari member...kos permulaan AKTK habis dalam RM300.00++, xdela besar sangat kos tu, AKTK xkisah pown...hehehehe

ni lah arnab yang mula2 AKTK miliki pada 19/9/2010, time ni usia diorang baru 5minggu
(2 ekor lionhead dan 1 ekor turkey angora)

pastu pada 29/9/2010, AKTK beli lagi seekor baka teddy bear dari membe AKTK

dan baru2 ni, sehari lepas raya Aidiladha iaitu pada 18/11/2010, AKTK tambah lagi 2 pasang dalam koleksi AKTK iaitu sepasang baka french lop dan sepasang lagi baka rhinelander@rex tricolor. Sampai hari ini AKTK dah membelanjakan RM1500.00++ untuk koleksi arnab AKTK. AKTK berharap agar pelaburan ni berbaloi..hehehehe

Online chat